Monday, December 21, 2009

SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KBSR

PENDAHULUAN

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام وعلى سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه أجمعين

Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.
Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pertama; pendidikan asas tilawah al-Quran, kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu ‘Ain, ketiga; pemupukan amalan Fardu
‘Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syari‘at Islam dan keempat; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar mempunyai citacita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.


MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM


Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah, murid dapat :
1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu’ amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan.
2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.
3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari
dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.
4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.
5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ain serta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.
6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas perkembangan
tamadun manusia.
7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.
8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.


ORGANISASI KANDUNGAN
Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada empat bidang iaitu :-


1. Bidang Asuhan Tilawah al-Quran.



Bidang ini memberi tumpuan kepada :-
1.1 Membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih.
1.2 Menghafaz ayat-ayat al-Quran tertentu dengan betul dan fasih.
1.3 Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzu’ ‘Amma (juzu’ 30) dan menghayati pengajarannya.


2. Bidang Asas ‘Ulum Syar‘iyah.



Bidang ini memberi tumpuan untuk :-
2.1 Penanaman akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.
2.2 Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya.
2.3 Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w.
2.4 Implikasi akidah, ibadah dan sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.


3. Bidang Asas Akhlak Islamiah.


Bidang ini memberi tumpuan kepada :-
3.1 Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.
3.2 Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara.


4. Bidang Pelajaran Jawi.


Bidang ini memberi tumpuan kepada :-
4.1 Menulis tulisan Jawi dengan baik.
4.2 Membaca tulisan Jawi dengan lancar.
4.3 Mempelajari asas seni tulisan Jawi.
Tumpuan-tumpuan yang dinyatakan di atas hendaklah diambil kira semasa menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran dan melaksanakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran;

Adab yang ditentukan dalam Asas Akhlak Islamiah diajar khusus dalam Bidang Akhlak Islamiah. Adab ini berdasarkan adab terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, alam sekitar, masyarakat, dan negara berteraskan 4 nilai utama Syaja‘ah, ‘Iffah, ‘Adalah dan Hikmah
yang akhirnya membina pelajar beradab dan menghayati nilainilai akhlak.

Kesemua bidang di atas merupakan kesepaduan ilmu yang dapat melahirkan insan soleh yang diredai Allah s.w.t. Pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan berdasarkan kandungan sukatan pelajaran ini adalah sesuai dengan peringkat keperluan dan keupayaan murid sekolah rendah. Bahan-bahan rujukan seperti al-Quran, al-Sunnah, Sirah Rasulullah s.a.w., sejarah para sahabat r.a., pendapat para sarjana Islam, kitab-kitab muktabar dan sumber daripada ilmuilmu
lain seperti Sains, Matematik, Geografi, dan Sejarah boleh dijadikan asas bagi mengolah pengetahuan dan kemahiran di dalam sukatan pelajaran ini. Pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi pada peringkat sekolah rendah ini dapat diteruskan ke peringkat menengah.


1. Asuhan Tilawah al-Quran.



1.1. Bacaan :-
1.1.1. Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris fathah, kasrah, dhammah, tanwin, sukun dan syaddah.
1.1.2. Membaca kalimah dan potongan ayat.
1.1.3. Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris.
1.1.4. Membaca surah-surah berikut dengan betul dan fasih :-
a. Surah al-Fatihah.
b. Surah al-Nas.
c. Surah al-Falaq.
d. Surah al-Ikhlas.
e. Surah al-Masad.
f. Surah al- Nasr.
g. Surah al-Kafirun.
h. Surah al-Kauthar.
i. Surah al-Ma‘un.
j. Surah Quraisy.
k. Surah al-Fil.
l. Surah al-Humazah.
m. Surah al-‘Asr.
n. Surah al-Takathur.
o. Surah al-Qari‘ah.
p. Surah al-‘Adiyat.
q. Surah al-Zalzalah.
r. Surah al-Baiyyinah.
s. Surah al-Qadr.
t. Surah al-‘Alaq.
u. Surah al-Tin.
v. Surah al-Syarh.
w. Surah al-Dhuha.
x. Surah al-Lail.
y. Surah al-Syams.
z. Surah al-Balad.
aa. Surah al-Fajr.
bb. Surah al-Ghasyiyah.
cc. Surah al-A‘la.
dd. Surah al-Tariq .

1.1.5. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah tertentu yang mengandungi tanda bacaan mad dan waqaf.
1.1.6. Membaca ayat-ayat pendek mengandungi bacaan nun sakinah dan tanwin.
1.1.7. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah tertentu yang mengandungi mim syaddah, nun syaddah dan mim sakinah.
1.1.8. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah tertentu yang mengandungi bacaan qalqalah.
1.2. Hafazan :-
1.2.1. Menghafaz surah-surah berikut :-
a. Surah al-Fatihah.
b. Surah al-Nas.
c. Surah al-Falaq.
d. Surah al-Ikhlas.
e. Surah al-Kafirun.
f. Surah al-Kauthar.
g. Surah al-Ma‘un.
h. Surah Quraisy.
i. Surah al-Fil.
j. Surah al-Humazah.
k. Surah al-‘Asr.
l. Surah al-Takathur.
m. Surah al-Qari‘ah.
n. Surah al-‘Adiyat.
o. Surah al-Zalzalah.
p. Surah al-Bayyinah.
q. Surah al-Qadr.
r. Surah al-‘Alaq.
s. Surah al-Tin.
t. Surah al-Syarh.
u. Surah al-Dhuha.

1.3. Kefahaman :-
1.3.1. Pengertian al-Quran.
1.3.2. Kelebihan membaca al-Quran.
1.3.3. Sejarah ringkas al-Quran.
1.3.4. Memahami surah-surah berikut secara umum:
a. Surah al-Fatihah ayat 1 hingga 7.
b. Surah al-Nas ayat 1 hingga 6.
c. Surah al-Falaq ayat 1 hingga 5.
d. Surah al-Ikhlas.
e. Surah al-Kauthar.
f. Surah al-Ma‘un ayat 1 hingga 7.
g. Surah al-Qadr ayat 1 hingga 5.
h. Surah al-Dhuha ayat 1 hingga 11.


2. Asas ‘Ulum Syar‘iyah.



2.1. Akidah :-
2.1.1 Pengertian Rukun Iman.
2.1.2 Beriman kepada Allah.
2.1.3 Beriman kepada Malaikat.
2.1.4 Beriman kepada Rasul.
2.1.5 Beriman kepada Kitab-kitab.
2.1.6 Beriman kepada Hari Akhirat.
2.1.7 Beriman kepada Qada’ dan Qadar.
2.1.8 Pengertian Rukun Islam :-
a. Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah.
b. Menunaikan solat fardu.
c. Berpuasa di bulan Ramadan.
d. Mengeluarkan zakat.
e. Mengerjakan haji.
2.1.9 Allah bersifat :-
a. Wujud.
b. Qidam.
c. Baqa’.
d. Mukhalafatuhu lil hawadith.
e. Qiamuhu bi nafsih.
f. Wahdaniah.
g. Qudrat.
h. Iradah.
i. Ilmu.
j. Hayat.
k. Sama‘.
l. Basar.
m. Kalam.

2.1.10 Nama-nama Allah (Al-Asma’ al-Husna) yang
berikut :-
a. Al-Rahman.
b. Al-Rahim.
c. Al-‘Afuw.
d. Al-Ghafur.
e. Al-‘Adl.
f. Al-Shakur.
g. Al-Salam .
h. Al-Hadi.
i. Al-Sabur.
j. Al-Hakim.
k. Al-Hasib.
l. Zu al-Jalali wa al- Ikram.
2.1.11 Pengertian Dosa dan pahala.
2.1.12 Pengertian dosa kecil dan dosa besar.
2.1.13 Pengertian syirik.
2.1.14 Sam‘iyyat :-
a. Pengertian.
b. Perkara-perkara sam‘iyyat.
2.2. Ibadah :-
2.2.1. Konsep ibadah :-
a. Pengertian.
b. Jenis-jenis ibadah.
c. Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah.
d. Jenis-jenis hukum(Wajib, Sunat, Makruh, Haram dan Harus).
2.2.2. Bersuci :-
a. Pengertian.
b. Tanggungjawab bersuci.
c. Istinja’.
d. Bersuci daripada najis:-
i) Ringan
ii) Sederhana
iii) Berat

e. Bersuci daripada hadas :-
i) Hadas kecil.
ii) Hadas besar.

f. Tayammum :-
i) Tatacara tayammum.
ii) Syaratsyarat tayammum.
iii) Perkara yang membatalkan tayammum.

2.2.3. Solat :-
a. Pengertian.
b. Solat fardu.
c. Bacaan-bacaan dalam solat serta terjemahannya :-
i) Takbiratul Ihram.
ii) Surah al- Fatihah.
iii) Doa Iftitah.
iv) Ketika ruku’.
v) Ketika iktidal.
vi) Ketika sujud.
vii) Duduk antara dua sujud.
viii) Tahiyyat awal dan akhir.
ix) Doa qunut.

d. Perlakuan solat (rukun fi‘li) dan hikmah-hikmahnya.
e. Perkara-perkara yang membatalkan solat.
f. Rukun-rukun.
g. Syarat-syarat wajib.
h. Syarat-syarat sah.
i. Sunat ab‘adh dan hai’ah.

2.2.4. Azan dan iqamah.
2.2.5. Solat berjemaah.
2.2.6. Solat Jumaat.
2.2.7. Ibadah puasa Ramadan :-
a. Konsep puasa.
b. Syarat-syarat wajib.
c. Rukun-rukun.
d. Syarat-syarat sah.
e. Perkara-perkara yang membatalkan puasa.
2.2.8. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
2.2.9. Solat jenazah.
2.3. Sirah :-
2.3.1. Tanda-tanda kenabian.
2.3.2. Salasilah keturunan Nabi.
2.3.3. Penyusuan dan pemeliharaan Nabi.
2.3.4. Nabi dibesarkan di kampung dan terdidik dengan nilai-nilai murni masyarakat desa.
2.3.5. Kematian bapa dan ibu Nabi.
2.3.6. Kematian datuk Nabi.
2.3.7. Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudaranya.
2.3.8. Pekerjaan Nabi :-
a. Semasa kecil membantu bapa saudara berniaga.
b. Semasa dewasa menternak kambing dan berniaga.

2.3.9. Perkahwinan nabi.
2.3.10. Peristiwa Hajar al-Aswad.
2.3.11. Peristiwa di Gua Hira’.
2.3.12. Mukjizat al-Quran.
2.3.13. Dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit dan secara terang.
2.3.14. Hijrah ke Habsyah.
2.3.15. Pembesar di Mekah menerima seruan Rasulullah s.a.w.
2.3.16. Tentangan terhadap Rasulullah s.a.w.
2.3.17. Isra’ dan Mikraj.
2.3.18. Perjanjian ‘Aqabah.
2.3.19. Hijrah ke Madinah.
2.3.20. Pembinaan Masjid pertama.
2.3.21. Persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar.
2.3.22. Pembentukan negara Madinah.
2.3.23. Mempertahankan Madinah.
2.3.24. Piagam Madinah.
2.3.25. Perjanjian Hudaibiah.
2.3.26. Pembukaan Kota Mekah.
2.3.27. Perkembangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w..
2.3.28. Haji Wida‘.
2.3.29. Kewafatan Rasulullah s.a.w.


3. Adab dan Akhlak Islamiah.



3.1. Adab Di Dalam Kehidupan Harian :-
3.1.1. Adab makan dan minum.
3.1.2. Adab qada’ hajat.
3.1.3. Adab tidur dan bangun tidur.
3.1.4. Adab mandi dan bersugi.
3.1.5. Adab berwuduk.
3.1.6. Adab berpakaian.
3.1.7. Adab berkenderaan.
3.1.8. Adab masuk dan keluar rumah.
3.1.9. Adab menghidang makanan dan minuman.
3.1.10. Adab berjalan.
3.1.11. Adab bertanya.
3.1.12. Adab mengurus diri.
3.2. Adab Terhadap Ibu bapa dan Keluarga :-
3.2.1. Adab bercakap dengan ibu bapa.
3.2.2. Adab menolong ibu bapa.
3.2.3. Adab bergaul dengan keluarga
3.3. Adab Dalam Kehidupan Bersosial :-
3.3.1. Adab bergaul dengan rakan.
3.3.2. Adab di masjid dan surau.
3.3.3. Adab bercakap dengan rakan.
3.3.4. Adab melayan tetamu.
3.3.5. Adab menziarahi orang sakit.
3.3.6. Adab menziarah rakan.
3.3.7. Adab menziarah orang tua.
3.3.8. Adab dengan orang tua.
3.3.9. Adab menziarahi jenazah dan kubur.
3.3.10. Adab makan di majlis keramaian.
3.3.11. Adab berjiran.
3.3.12. Adab berkumpul.
3.3.13. Adab berjual beli.
3.3.14. Adab bekerja.
3.3.15. Adab menziarah jiran.
3.3.16. Adab ketika bermain.
3.3.17. Adab terhadap tempat dan harta benda awam.
3.3.18. Adab kecintaan kepada negara.
3.3.19. Menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar.
3.3.20. Adab rehlah.
3.3.21. Adab dengan manusia dan makhluk lain.
3.3.22. Adab dengan pemimpin.
3.4. Adab Menuntut Ilmu :-
3.4.1. Adab bercakap dengan guru.
3.4.2. Adab ke sekolah.
3.4.3. Adab belajar.
3.4.4. Adab semasa di sekolah.
3.4.5. Adab berhujah.
3.4.6. Adab menolong guru.
3.4.7. Adab menjaga harta benda sekolah.
3.4.8. Adab menjaga kebersihan sekolah.
3.5. Adab Dengan al-Quran :-
3.5.1. Adab membawa dan menyimpan al-Quran.
3.5.2. Adab membaca al-Quran.

4. Pelajaran Jawi

4.1 Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi tunggal.
4.2 Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi sambung.
4.3 Mengenal membaca dan menulis suku kata terbuka.
4.4 Mengenal membaca dan menulis suku kata tertutup.
4.5 Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat.
4.6 Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman.
4.7 Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek.
4.8 Menggunakan tanda baca.
4.9 Membaca pelbagai jenis bahan bacaan.
4.10 Menulis pelbagai jenis teks.
4.11 Mengenal dan menulis khat nasakh dan rik‘ah.

AL-QARADAWI: TOKOH TAJDID



Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Kedatangan Dr Yusuf al-Qaradawi ke Malaysia amat dialu-alukan. Walaupun saya tidak sempat mengikuti ucapan beliau pagi semalam yang khabarnya berkaitan buku terbarunya Fiqh al-Jihad, tetapi saya telah pun membeli buku tersebut sejak dua bulan lepas. Buku tersebut merupakan karya terbesar beliau selepas Fiqh al-Zakah. Saya antara pengkagum Dr Yusuf al-Qaradawi. Bukan kerana namanya, tetapi kerana kesarjanaannya. Buku-bukunya mempunyai nilai analisis dan kebebasan akal dari sebarang fanatik mazhab. Beliau adalah tokoh tajdid yang menyeru kepada keluasan fekah dan kemerdekaan minda dari ketaksuban pandangan tokoh kepada penilaian setiap pendapat dengan adil berteraskan al-Quran dan a-Sunnah.

Dalam buku terbarunya itu beliau menyebut tentang kaedah dalam penulisannya: “Mengambil manfaat dari khazanah fekah islami dan mengiktiraf lautannya yang luas dengan tidak cenderung kepada hanya satu mazhab tanpa melihat mazhab yang lain, atau terikat dengan satu imam tanpa melihat imam yang lain. Bahkan kita menganggap peninggalan besar ini (khazanah fekah) milik setiap pengkaji untuk dia menyelaminya dasarnya, membongkar simpanannya, menggali setiap penjurunya, membandingkan antara satu pendapat dengan pendapat yang lain, satu dalil dengan dalil yang lain tanpa taksub kepada satu pandangan atau taklid berterusan kepada satu mazhab. Bahkan kadang-kala kita mengambil pendapat Abu Hanifah, kemudian pendapat Malik, kemudian pendapat Syafii, kemudian pendapat Ahmad, kemudian pendapat Daud (maksudnya Daud al-Zahiri-pen). Bahkan mungkin dalam beberapa perkara kecil kita keluar dari mazhab sunni kepada mazhab Zaidiyyah, ataupun Ja’fariyyah ataupun Ibadiyyah jika kita dapati penyelesaian masalah dalamnya. Mungkin juga kita akan mengambil sebahagian pendapat mazhab yang hilang seperti Mazhab al-Auza’i, Mazhab al-Thauri dan Mazhab al-Tabari. Bahkan kita kadang kala akan keluar dari kesemua mazhab itu pergi ke dataran luas fekah para sahabat.

Nabi s.a.w, tabi’iin, dan atba’ al-tabi’in yang mana mereka ini tiada mempunyai sebarang mazhab yang diikuti. Mereka seperti al-Khulafa al-Rasyidin, Ibn Mas’ud, Ibn ‘Umar, Ibn ‘Abbas, ‘Aishah, Mu’adz, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan para sahabat r.ahum yang lain. Demikian juga murid-murid mereka seperti mereka yang dikenali sebagai fuqaha (ahli fekah) yang tujuh di Madinah, juga selain mereka di Mekah, Kufah, Basrah, Mesir, Syam dan wilayah-wilayah yang lain yang para sahabah dan murid-murid mereka bertebaran. Antaranya; Sa’id bin al-Musayyib, Sa’id bin Jubair, ‘Ikrimah, Mujahid, Ata`, Tawus, al-Hasan al-Basri, Ibn Sirin, ‘Alqamah, al-Aswad, Masruq, al-Nakha’i, al-Laith bin Sa’d dan selain mereka…” (Fiqh al-Jihad, 1/24, Kaherah: Maktab Wahbah).

Saya fikir jika ada orang yang ingin berpegang dengan keluasan mazhab atau intelektualisma yang seperti itu di Malaysia tentu akan ada yang menuduh ini puak ‘derhaka mazhab’, tidak beradab dengan jasa orang-orang lama kita, keluar mazhab Syafi’i, rasa terlalu pandai dan berbagai lagi. Bahkan lebih trajik; wahabi dan sesat. Sebab itulah barangkali pandangan-pandangan agama kita membeku dan generasi baru tidak dapat melihat keluasan Islam akibat kesempitan jendela fikir kita. Kita kononnya ini menghormati khazanah agama di Tanah Melayu sehingga kita melarang orang lain meneliti pandangan luar mazhab, padahal kita lupa tindakan seperti itu menyebabkan kita menyisihkan sekian banyak khazanah kesarjanaan dari berbagai-bagai aliran pemikiran dalam umat ini. Bukan salah bermazhab, tetapi salahnya itu fanatik mazhab sehingga menganggap setiap yang luar itu salah dan enggan menilai lagi pendapat yang dipakai hanya kerana ‘ini mazhab kita!!’.

Sebab itu Dr Yusuf al-Qaradawi ketika memperkatakan tentang Manhaj Mu’asir li al-Fatwa (Kaedah Semasa Dalam Fatwa) menyebut perkara pertama adalah “Membebaskan diri dari fanatik dan taklid”. Beliau menyebut: “Pertama, membebaskan diri dari fanatik mazhab dan mengikut secara buta tuli kepada si fulan dan si fulan, samada dia dalam kalangan ulama terdahulu atau kemudian. Dikatakan “ tidak bertaklid itu melainkan seorang fanatik atau dungu”. Aku tidak rela untuk diriku salah satu dari sifat tersebut. Membebaskan diri dari fanatik mazhab itulah sebenarnya merupakan penghormatan yang sepenuhnya kepada para imam dan fakih (ahli fekah). Tidak bertaklid kepada mereka bukanlah merendahkan kedudukan mereka, sebaliknya itulah yang menepati jalan mereka, juga melaksanakan wasiat mereka agar tidak bertaklid kepada mereka. Kita mengambil agama dari sumber yang mereka ambil (al-Quran dan al-Sunnah). Juga tidak bertalkid kepada mereka bukanlah bererti mengabaikan fekah dan warisan mereka. Sebaliknya, sewajarnya merujuk dan mengambil faedah daripadanya, dari pelbagai aliran tanpa berat sebelah ataupun fanatik. Pendirian seperti ini tidak mensyaratkan seorang sarjana muslim yang berdikari kefahamannya itu mesti sampai ke peringkat ijtihad mutlak seperti para imam yang terdahulu.” ( al-Qaradawi, al-Fatwa bain al-Indibad wa al-Tasaiyub, m.s 101, Beirut: al-Maktab al-Islami).

Ungkapan kemerdekaan ilmu dan kebebasan diri dari kongkongan taksub amat dimusuhi oleh sesetengah pihak. Oleh kerana sejak sekian lama mereka dipayung oleh rasa fanatik lalu mereka tidak akan bertanya atau mempersoalkan lagi apa yang dilontarkan oleh guru mereka sehingga pemikiran agama menjadi longlai dan dihakiskan oleh cabaran zaman. Namun kelompok agama ini tetap ingin mewarisi takhta ‘empayar agama’ yang tokoh-tokohnya tidak boleh dipersoal, atau pandangan mereka dibincang semula, maka mereka pun mengeluarkan fatwa ‘siapa keluar mazhab dia sesat’, atau ‘siapa banyak tanya atau mengkritik pandangan kita atau kebiasaan kita dia biadap’, bahkan siapa yang cuba memahami Islam di luar dari yang kita terangkan maka ‘dia sesat dan terkeluar dari Ahlus Sunnah’. Seakan bagi mereka ini para sarjana Islam dari mazhab-mazhab yang lain kesemuanya sesat dan bukan Ahlus Sunnah sehingga kita dilarang memahami dan berpegang dengan kajian mereka! Hal ini bertambah buruk apabila aliran tarekat turut berkembang dalam negara kita kebelakangan ini. Ramai dalam kalangan tarekat yang memegang tradisi ‘jangan tanya, ikut saja’ amat marah melihat gerakan pembaharuan yang meminta agar fungsi akal dihidupkan dalam mengikuti agama ini. Islam adalah agama fitrah dan waras. Akal mempunyai kedudukan yang penting dalam Islam sehingga orang gila atau belum sempurna akalnya tidak diletakkan atas neraca dosa dan pahala.

Ibn Taimiyyah
Walaupun al-Qaradawi tidak fanatik kepada mana-mana tokoh, namun ini bukan bererti tiada tokoh kesayangan atau tokoh yang beliau kagumi. Dr al-Qaradawi pernah menyebut “Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling jantung hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku” (Al-Qaradawi, Kaif Nata‘amul ma‘a al-Sunnah, m.s. 170, Mesir: Dar al-Wafa). Hampir kesemua buku-buku Dr al-Qaradawi dipenuhi nukilan dari Syeikhul Islam Taimiyyah (meninggal 728H) dan muridnya al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H). Ini kerana dua tokoh agung ini terkenal dengan usaha tajdid membangunkan semula umat dan membebaskan mereka dari daerah fanatik, jumud dan ‘malas berfikir’. Kata al-Qaradawi dalam al-Thaqafah al-‘Arabiyyah al-Islamiyyah: “Ibn Taimiyyah dan institusinya adalah salafis. Mereka itu benar-benar tokoh tajdid (revival). Tiada seorang pun yang cuba menafikan pemikiran tajdid mereka, melainkan dia seorang yang keras kepala.” (m.s 59, Kaherah: Maktab Wahbah). Golongan fanatik mazhab seperti Ahbash membantah beliau kerana suka merujuk kepada Ibn Taimiyyah. Kata al-Qaradawi: “Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, kerana seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma' dalam persoalan ini dan itu..”. Di Malaysia, kelompok anti-Ibn Taimiyyah bersarang di sesetengah pondok-pondok, jabatan-jabatan agama dan beberapa institusi yang lain. Ada yang keluar dalam TV dan akhbar menyesatkan Ibn Taimiyyah, bahkan mengkafirkannya. Jika mereka baca karya al-Qaradawi tentu tuduhan yang sama akan dikenakan kepada beliau.

Maka al-Qaradawi juga tidak terlepas dari berbagai tohmahan. Beliau pernah dituduh sebagai liberalis, wahabis dan berbagai lagi. Tuduhan itu datang dari berbagai, samada kelompok fanatik mazhab, fanatik tarekat, juga yang aliran salafi jalur keras yang jumud. Bahkan ada buku yang melebelnya sebagai ‘anjing yang menyalak’. Dalam masa yang sama Barat juga melancarkan permusuhan dengan beliau. Ini kerana beliau bekerja untuk Islam, menulis, berceramah dan merancang. Sebelum al-Qaradawi menjadi ‘gergasi’ dengan nama yang besar seperti sekarang, beliau juga pernah memasuki penjara. Bahkan ketika ini pun ada negeri yang tidak membenarkan beliau masuk. Demikian hari-hari yang mesti dilalui dalam melakukan agenda dakwah dan pembaharuan. Seorang tokoh itu tetap tokoh dan akan ada yang membelanya.

SALAM MA'AL HIJRAH


Mudah mudahan segala amal perbuatan kita sepanjang setahun yang akan datang diterima serata diberkati oleh Allah SWT hendaknya, Ameen Ya Rabbal 'Aalamin