SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG IPTB j-QAF 2009. MUDAH-MUDAHAN IANYA BERMANFAAN UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN SERTA RUANGAN UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT. SEBARANG BENTUK MAKLUMAT ATAU PERKONGSIAN INFORMASI SILA HANTARKAN MELALUI EMAIL YANG TERTERA.
jqaf2009@yahoo.com
Seorang insan yang terus belajar hidup menjadi bijaksana dengan menikmati kepahitan dan kesenangan yang datang berdampingan. Hidup pasrah dan tabah hanya kepada Sang Rabbul Izzah. Lebih memilih tetap bertahan hidup hanya karena merasa hidup ini lebih berharga berbanding bersifat pasif dalam dunia yang serba mati lagi gerhana.
Apabila kita berbohong, kita terpaksa mereka “fakta”. Apabila “fakta” tersebut diselidiki dan dipersoalkan, maka kita terpaksa mereka helah demi helah, tipu demi tipu..
KATA-KATA HIKMAH
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangi mu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang mengasihmu diakhirat
"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung!”- Kitakah mereka itu?
"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung!”- Kitakah mereka itu?
Datanglah Dikau Pada Ilham Ku.. Dengan Mu.. Kan Ku Gubah Seindah Bahasa.. Penyejuk Qalbu.. Penenang Mata.. Santapan Jiwa.. Buat Pelembut Hati Mu Yang Buta..
SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN PA1
ANAS BIN ABAS
ABDUL AZIZ BIN MOHAMAD NASIR
JALALJUDDIN BIN MOHAMMAD ZAHIR
MOHD FUAD BIN RASHID
MOHD FAIRUZ BIN ISMAIL
MOHD HAFIZ BIN MOHD YUSOF
MOHD HAFIZ HAKIMI BIN MAT ARIFF
RAHIMI BIN ABU BAKAR
SHUHAIMI BIN ROZALI
ZAMRI BIN MOHAMMAD
HILAL BT MAZANI
JURNIZA BT JAAFAR
MASHITAH BT MAT ISA
MASTURA BT OMAR
NOOR AMIRA BT ABD HALIM
NUR HIDAYAH BT MOHD JAMIL
SAKINAH BT ABDULLAH
SHAIROH BT MOHAMMAD
SHARIHAH BT MOHD BUKHARI
SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN PA2
AKASHAH NURUS SABAH BIN ABAS
FATIMAH ADAWIYAH BINTI AHMAD ZAMIL
HASYANTI BIN HASYIM (PK)
HELMI SYAMSURI BIN ABU BAKAR
HUSNI BIN MOHAMAD
MOHD HAZAINI BIN ZAINUDDIN (KK)
MOHD JIHADI BIN AHMAD MARZOKI
MOHD NAIM BIN SALLEH
MOHD SIRAJUDDIN BIN MOKHTAR
MOHD YUSOF BIN DAUD
MOHD YUSRI BIN MOHD SALLEH
NURUL HAYATI BINTI ARIFIN
NURULHUDA BINTI MOHAMAD NOR
SARINA BINTI ZAKARIA
SHARIFAH BINTI SAADAN
SITI AMINAH BINTI ABDUL HAMID
SITI HAWA BINTI ABDULLAH
SITI KALSOM BINTI MAT ISA
SUHAIDA BINTI JUNUS
SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN PA3
ASWAD BIN AHMAD
FAZILAH BINTI AHMAD
KHUSAIRI BIN SUHAIMI
MAZLAN BIN BAHARUM
MOHD HAFIZ BIN HAMID
MOHD SHAIFUDDIN BIN MANSOR
MOHD SHUKOR BIN RAMLI
MOHD ZAIHAL BIN MD ZAIN
MUHAMMAD BIN MAKTAR
MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSOFF
NASIHAH BINTI HASHIM
NORAINI BINTI ABDUL RAHMAN
NORAINI BINTI YAHYA
NORAZILA BINTI ABDUL RAZAK
SITI NURAINI BINTI SABUDIN
SURIYATI BINTI AHMAD TAJUDDIN
WAN MASHITAH BINTI WAN ZAINAL
YOSLINA BINTI MD SHARIF
ZAIHAZRA BINTI NORDIN
ZIRA BINTI DERAMAN
SENARAI ALAMAT JPN, PPD & UNIT
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Jalan Bukit Gambir 11700 Pulau Pinang Tel: 04-6575500 Fax: 04-6582500
Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah Permatang Pasir 13500 Permatang Pauh Tel : 04-3976310 Fax : 04-3979391
Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara D/A SK Hashim Awang 13200 Kepala Batas Seberang Perai Utara Tel : 04-5757640 Fax : 04-5759802
Pejabat Pelajaran Daerah Selatan 14200 Sungai Jawi Seberang Perai Selatan Tel : 04-5824580/5824569 Fax : 04-5824680
Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut No. 25, Jalan Sultan Ahmad Shah 10050 Pulau Pinang Tel : 04-229654/2292942/2262346 Fax : 04-2293320
Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya D/A Tingkat 3 SK Balik Pulau Jalan Permatang Tepi 11000 Balik Pulau Pulau Pinang Tel : 04-8664500/04-8663200 Fax : 04-8666500
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pokok Sena 13200 Kepala Batas Tel : 04-5736901/04-5736924/04-5736940 Fax : 04-5736885
Sektor Penilaian Dan Peperiksaan Bangunan Tuanku Syed Putra 10900 Leboh Downing Pulau Pinang Tel : 04-2625339/04-2625448 Fax : 04-2611726
Unit Sukan No. 25, Jalan Sultan Ahmad Shah 10050 Pulau Pinang Tel : 04-2283858/04-2285831 Fax : 04-2286848
Unit Kokurikulum JKR 629, Jalan Tanah Liat 14000 Bukit Mertajam Tel: 04-5398859 Fax : 04-5380262
Pusat Kokurikulum Lebuhraya Muhibbah 14000 Bukit Mertajam Tel : 04-5300329 Fax : 04-5300329
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Tafsir Ayat:
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka ,
Allah SWT melarang mukminin dan mukminat agar mereka jangan terlalu banyak buruk sangka terhadap mukminin dan mukminat yang lain. Lebih-lebih lagi kalau mereka itu orang-orang yang dikenal sebagai orang-orang yang baik, jujur lagi amanah. Adapun terhadap orang yang suka melakukan perkara buruk secara terang terangan, seperti masuk night club, discotik dan lain-lain, maka berburuk sangka kepada mereka tidaklah di haramkan.
Sa'id Bin Al Musayyab RA berkata: Sebahagian saudaraku daripada kalangan sahabat Rasulullah SAW pernah menulis surat kepadaku:
"Hendaklah engkau letakkanlah segala urusan saudaramu pada tempat yang sebaik-baiknya selagi dia tidak mendatangkan kepadamu sesuatu yang boleh mendorong kamu berburuk sangka kepadanya, dan janganlah kamu berburuk sangka pada setiap kata yang keluar dari (mulut) muslim lain sedangkan engkau kenali dia orang yang baik, dan barangsiapa yang mendedahkan dirinya kepada tohmahan maka janganlah dia mencela kecuali kepada dirinya sendiri". (Di keluarkan oleh Al Baihaqy dalam Sya'bul Iman)
Kemudian Allah sebutkan sebabnya ('illatnya) mengapa kebanyakan prasangka buruk terhadap mukmin lain itu dilarang.
Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa.
Buruk sangka kepada sesama Muslim adalah dosa. Larangan serupa juga terdapat pada ayat lain, antaranya:
"Dan syaitan telah menjadikan kamu memandang baik dalam hatimu persangkaan itu, dan kamu telah menyangka dengan sangkaan yang buruk dan kamu menjadi kaum yang binasa".
(Al Fath: 12)
Dan menurut Ibnu Abbas RA: Ayat ini melarang mukmin berburuk sangka terhadap mukmin yang lain.
Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.
Allah melarang mukmin mencari-cari rahsia orang lain, lalu didedahkan keburukan hasil intipan itu. Kita semestinya berpuas hati dengan tindak tanduk zahir dari seseorang. Lalu kita berikan pujian dan sanjungan sewajarnya terhadapnya ataupun sebaliknya mencela seseorang hendaklah berdasarkan amalan zahirnya umpamanya ia seorang yang melakukan maksiat secara terang terangan seperti pemabuk atau penjudi, bukan atas dasar apa yang tersembunyi.
Oleh sebab inilah kita dilarang keras memasuki rumah atau bilik orang lain tanpa izin dan kebenaran penghuninya.
Rasulullah SAW. bersabda: "Ada tiga perkara yang mesti ada pada umatku: Thiyarah (beranggapan sesuatu boleh membawa sial), hasad (dengki) dan suu'uzzan (buruk sangka).
Seorang sahabat bertanya: Ya Rasulallah, bagaimanakah caranya agar ketiga-tiga perkara itu dapat kami hindarkan? Lalu jawab baginda SAW.: Jika kamu ada perasaan dengki maka segeralah beristighfar (taubat) dan jika kamu berburuk sangka (pada seseorang) maka janganlah kamu selidiki atau mengintip intip dan jika kamu thiyarah maka hendaklah kamu teruskan (pekerjaan itu). (HR Thabarany dari Harits Bin Nu'man)
Dan janganlah sebahagian kamu menggunjing (mengumpat) sebahagian yang lain.
Maksudnya: Jangan hendaknya kita menyebut keburukan orang lain yang dia benci jika mengetahuinya. Larangan "menyebut" disini bukan hanya terbatas pada ucapan lisan tetapi juga termasuk dalam bentuk isyarat. Dan maksud "yang dia benci" disini mencakupi tentang agamanya, dunianya, akhlaknya, rupanya, hartanya, anaknya, isterinya, suaminya, khadamnya, pakaiannya, perhiasannya dan lain-lain.
Menurut Al Hasan: Mengumpat ada tiga bentuk, iaitu:
Al Ghibah: Menyehut ke’aiban atau kecacatan seseorang yang ‘aib itu memang ada pada diri orang tersebut.
Al Buhtan: Menyebut ke’aiban atau kekurangan seseorang yang ‘aib itu tidak ada pada orang itu (hanya direka-reka saja).
Al Ifk: Menyebut ke’aiban atau keburukan seseorang hasil daripada apa yang didengarnya melalui mulut orang lain.
Para ulama sependapat bahawa kesemua jenis mengumpat diatas adalah dosa besar (Al Kabaair). Selain mereka wajib taubat kepada Allah, mereka juga wajib memohon maaf kepada orang yang diumpat.
Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kami merasa jijik kepadanya.
Ayat ini mengandungi amaran keras dari Allah SWT kepada orang-orang yang suka mengumpat iaitu sebagaimana kamu sangat benci dan jijik memakan daging saudaramu yang sudah mati (mayt), hendaknya demikian jugalah derjat kebencianmu daripada mengumpatnya semasa hidupnya.
Dengan kata lain sebagaimana kamu jijik memakan daging manusia yang sudah mati menurut naluri (fitrah) maka begitulah hendaknya kamu benci terhadap mengumpat menurut syar'i (agama).
Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Maksudnya: Jauhilah sifat suka mengumpat dan kembalilah ke jalan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Walaupun hukum asal " mengumpat " adalah haram tetapi kadangkala hukum mengumpat dibolehkan atau tidak diharamkan jika maksud syara' (agama) tidak tercapai kecuali dengannya:
Jika dizalimi. Maksudnya: Orang yang dizalimi boleh mengadu dan menceritakan ke’aiban orang yang menzaliminya kepada orang yang dianggap dapat menolong menyelesailan masalahnya seperti kepada hakim atau mufti dan lain lain yang mempunyai otoriti untuk tujuan itu.
Minta pertolongan untuk menghentikan kemunkaran kepada orang yang dirasakan mampu untuk berbuat demikian umpamanya mengadu perbuatan sumbang atau salah laku yang dilakukan oleh anggota masyarakat kepada Badan Pencegah Maksiat, Badan Pencegah Rashwah dan lain lain agar mengambil tindakan sewajarnya agar perbuatan tersebut tidak berterusan.
Mohon fatwa kepada mufti. Sebab mufti tidak dapat memberi fatwa yang tepat sekiranya ia tidak dimaklumkan tentang perkara apa yang sebenarnya berlaku. Umpamanya seorang isteri yang dianiaya oleh suaminya. Dalam hal ini tidak berdosa isteri tersebut menceritakan keburukan suaminya yang tidak bertanggung jawab seperti tidak memberi saraan hidup atau suka mendera isteri dan lain lain.
Memperingati umat Islam daripada kerugian atas kesesatan, seperti menyebut ke’aiban periwayat hadis seperti ia kurang kuat ingatan, pendusta, kurang amanah dan lain lain agar umat Islam boleh berhati hati dan waspada jangan terambil hadis yang diriwayatkannya.
Jika dia melakukan kemungkaran secara terang terangan, seperti pemabuk atau penjudi, malah bangga dengan perbuatannya itu.
Sebagai gelaran pengenalan. Tanpa gelaran tersebut sukar dia dikenali seperti Mamat pincang, Minah sumbing dsb.
Hai manusia, sesungguhnya kami menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
Maksudnya: Hai manusia, kamu semua berasal dari datok yang satu iaitu Adam dan nenek yang satu iaitu Hawa. Oleh itu mengapa sebahagian kamu memperolok-olokkan sebahagian yang lain?, mencela, melemparkan dengan gelaran yang buruk , berburuk sangka , mengumpat padahal kamu adalah bersaudara?
Dari Abi Mulaikah, katanya: Pada hari penaklukan kota Mekah, Bilal Bin Rabah naik keatas anjung Ka'bah lalu beliau melaungkan azan. Lalu berkata Attab Rin Asid Bin Abi Al Aish: " Syukur Al Hamdulillah yang telah mematikan ayahku sebelum tiba hari ini ". Berkata pula Harits Bin Hisyam: " Apakah Muhammad tidak mendapati orang lain untuk azan selain gagak hitam ini? ". Lalu Jibrail menyampaikan kepada Nabi Muhammad SAW. apa yang telah mereka perkatakan. Nabi SAW. pun memanggil sahabat-sahabat berkenaan dan menanyakan mereka , dan mereka mengaku. Kerana inilah ayat diatas diturunkan oleh Allah SWT.
Dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali.
Maksudnya: Supaya kamu saling kenal mengenali, bukan saling membenci, bukan saling menghina, bukan saling mencaci.
Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Maksudnya: Kemuliaan tidak semestinya ditentukan oleh jenis kelamin, warna kulit atau suku bangsa. Tetapi ia sangat ditentukan oleh ketaqwaan seseorang kepada Allah. Oleh itu kalaupun anda ingin berbangga maka berbanggalah dengan " taqwa ".
No comments:
Post a Comment