SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG IPTB j-QAF 2009. MUDAH-MUDAHAN IANYA BERMANFAAN UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN SERTA RUANGAN UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT. SEBARANG BENTUK MAKLUMAT ATAU PERKONGSIAN INFORMASI SILA HANTARKAN MELALUI EMAIL YANG TERTERA.
jqaf2009@yahoo.com
Seorang insan yang terus belajar hidup menjadi bijaksana dengan menikmati kepahitan dan kesenangan yang datang berdampingan. Hidup pasrah dan tabah hanya kepada Sang Rabbul Izzah. Lebih memilih tetap bertahan hidup hanya karena merasa hidup ini lebih berharga berbanding bersifat pasif dalam dunia yang serba mati lagi gerhana.
Apabila kita berbohong, kita terpaksa mereka “fakta”. Apabila “fakta” tersebut diselidiki dan dipersoalkan, maka kita terpaksa mereka helah demi helah, tipu demi tipu..
KATA-KATA HIKMAH
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangi mu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang mengasihmu diakhirat
"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung!”- Kitakah mereka itu?
"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung!”- Kitakah mereka itu?
Datanglah Dikau Pada Ilham Ku.. Dengan Mu.. Kan Ku Gubah Seindah Bahasa.. Penyejuk Qalbu.. Penenang Mata.. Santapan Jiwa.. Buat Pelembut Hati Mu Yang Buta..
SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN PA1
ANAS BIN ABAS
ABDUL AZIZ BIN MOHAMAD NASIR
JALALJUDDIN BIN MOHAMMAD ZAHIR
MOHD FUAD BIN RASHID
MOHD FAIRUZ BIN ISMAIL
MOHD HAFIZ BIN MOHD YUSOF
MOHD HAFIZ HAKIMI BIN MAT ARIFF
RAHIMI BIN ABU BAKAR
SHUHAIMI BIN ROZALI
ZAMRI BIN MOHAMMAD
HILAL BT MAZANI
JURNIZA BT JAAFAR
MASHITAH BT MAT ISA
MASTURA BT OMAR
NOOR AMIRA BT ABD HALIM
NUR HIDAYAH BT MOHD JAMIL
SAKINAH BT ABDULLAH
SHAIROH BT MOHAMMAD
SHARIHAH BT MOHD BUKHARI
SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN PA2
AKASHAH NURUS SABAH BIN ABAS
FATIMAH ADAWIYAH BINTI AHMAD ZAMIL
HASYANTI BIN HASYIM (PK)
HELMI SYAMSURI BIN ABU BAKAR
HUSNI BIN MOHAMAD
MOHD HAZAINI BIN ZAINUDDIN (KK)
MOHD JIHADI BIN AHMAD MARZOKI
MOHD NAIM BIN SALLEH
MOHD SIRAJUDDIN BIN MOKHTAR
MOHD YUSOF BIN DAUD
MOHD YUSRI BIN MOHD SALLEH
NURUL HAYATI BINTI ARIFIN
NURULHUDA BINTI MOHAMAD NOR
SARINA BINTI ZAKARIA
SHARIFAH BINTI SAADAN
SITI AMINAH BINTI ABDUL HAMID
SITI HAWA BINTI ABDULLAH
SITI KALSOM BINTI MAT ISA
SUHAIDA BINTI JUNUS
SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN PA3
ASWAD BIN AHMAD
FAZILAH BINTI AHMAD
KHUSAIRI BIN SUHAIMI
MAZLAN BIN BAHARUM
MOHD HAFIZ BIN HAMID
MOHD SHAIFUDDIN BIN MANSOR
MOHD SHUKOR BIN RAMLI
MOHD ZAIHAL BIN MD ZAIN
MUHAMMAD BIN MAKTAR
MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSOFF
NASIHAH BINTI HASHIM
NORAINI BINTI ABDUL RAHMAN
NORAINI BINTI YAHYA
NORAZILA BINTI ABDUL RAZAK
SITI NURAINI BINTI SABUDIN
SURIYATI BINTI AHMAD TAJUDDIN
WAN MASHITAH BINTI WAN ZAINAL
YOSLINA BINTI MD SHARIF
ZAIHAZRA BINTI NORDIN
ZIRA BINTI DERAMAN
SENARAI ALAMAT JPN, PPD & UNIT
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Jalan Bukit Gambir 11700 Pulau Pinang Tel: 04-6575500 Fax: 04-6582500
Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Tengah Permatang Pasir 13500 Permatang Pauh Tel : 04-3976310 Fax : 04-3979391
Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara D/A SK Hashim Awang 13200 Kepala Batas Seberang Perai Utara Tel : 04-5757640 Fax : 04-5759802
Pejabat Pelajaran Daerah Selatan 14200 Sungai Jawi Seberang Perai Selatan Tel : 04-5824580/5824569 Fax : 04-5824680
Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut No. 25, Jalan Sultan Ahmad Shah 10050 Pulau Pinang Tel : 04-229654/2292942/2262346 Fax : 04-2293320
Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya D/A Tingkat 3 SK Balik Pulau Jalan Permatang Tepi 11000 Balik Pulau Pulau Pinang Tel : 04-8664500/04-8663200 Fax : 04-8666500
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pokok Sena 13200 Kepala Batas Tel : 04-5736901/04-5736924/04-5736940 Fax : 04-5736885
Sektor Penilaian Dan Peperiksaan Bangunan Tuanku Syed Putra 10900 Leboh Downing Pulau Pinang Tel : 04-2625339/04-2625448 Fax : 04-2611726
Unit Sukan No. 25, Jalan Sultan Ahmad Shah 10050 Pulau Pinang Tel : 04-2283858/04-2285831 Fax : 04-2286848
Unit Kokurikulum JKR 629, Jalan Tanah Liat 14000 Bukit Mertajam Tel: 04-5398859 Fax : 04-5380262
Pusat Kokurikulum Lebuhraya Muhibbah 14000 Bukit Mertajam Tel : 04-5300329 Fax : 04-5300329
Followers
Search This Blog
Tuesday, December 22, 2009
BAGAIMANA UNTUK MENGATASI KELUH KESAHH MENURUT ISLAM
(19) Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir (lokek).
(20) Apabila ia ditimpa kesusahan, ia berkeluh kesah.
(21) Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir.
(22) Kecuali orang yang mengerjakan salat.1
(23) Yang mereka itu tetap mengerjakan salatnya.
(24) Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu.2
(25) Bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta).
(26) Dan orang-orang yang mempercayai Hari Pembalasan.3
(27) Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.4
(28) Karena sesungguhnya azab Tuhan mereka tidak dapat orang merasa aman (dari kedatangannya).
(29) Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya.5
(30) Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki, sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela.
(31) Barangsiapa mencari yang dibalik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
(32) Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat6 (yang dipikulnya) dan janjinya.
(33) Dan orang-orang yang memberikan kesaksiannya.7
(34) Dan orang-orang yang memelihara salatnya.8
(35) Mereka itu (kekal) di syurga lagi dimuliakan.
TAFSIRANNYA:
(19)Dalam ayat ini Allah SWT menyatakan bahwa fitrah semulajadi setiap manusia adalah dijadikanNya dalam keadaan Halu’ (هَلوْع) iaitu keluh kesah atau serba salah. Syekh Muhammad Bin Thahir ketika ditanya tentang makna Halu’, beliau menjawab: Allah telah menafsirkan makna Halu’ pada ayat sesudahnya, Dan tidak ada tafsir yang paling jelas daripada tafsiran Allah sendiri.
(20)Halu’ ialah seperti sifat seseorang yang apabila ia ditimpa kesusahan seperti kemiskinan, sakit, luput daripadanya seseorang yang dia sayangi samada harta, anak, kekasih, keluarga dan lain-lain maka ia tidak redha dan tidak sabar menghadapinya.
(21)Dan sebaliknya, apabila dia mendapat kesenangan, kemewahan hidup, maka dia tidak bersyukur kepada Allah di atas nikmat-nikmat itu. Dia bakhil, kikir dan enggan mengeluarkan zakat, bersadakah dan menolong orang-orang yang berhajat.
Jadi (هَلُوْعٌ) maknanya: Cepat berduka ketika ditimpa musibah dan cepat enggan ketika mendapat kesenangan. Itu sebabnya orang Arab jika mengatakan (نَاقَة هَلوُعٌ ) artinya onta yang cepat jalannya.
Sifat manusia seperti ini dinyatakan juga olih Allah dalam surah Al-‘Aadiyat:
(إِنَّ الْإِنسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ) artinya: Sesungguhya manusia itu sangat ingkar terhadap Tuhannya. Ulama Tafsir mengartikan: (كَنُودٌ) dengan makna suka menghitung-hitung musibah yang menimpanya dan melupakan nikmat yang diterimanya daripada Allah. Jadi Halu’ pada ayat di atas hampir sama dengan makna Kanuud dalam Al-‘Aadiyat.
Tabiat semulajadi manusia adalah bersifat jelek kecuali orang-orang yang mendapat taufiq dan perlindungan Allah. Allah berikan dia bimbingan kepada kebaikan dan Allah permudahkan baginya untuk melakukan sebab-sebabnya. Dan di antara sebab-sebab yang bolih menghindarkan manusia daripada sifat Halu’ (kelus kesah dan kikir) di atasi sebagaimana berikut:
(22)Orang-orang yang mengerjakan salat.
Ini tidak berarti asalkan salat tetapi mestilah salat yang mempunyai ciri-ciri sebagaimana dalam ayat berikutnya.
(23)Iaitu orang yang tetap (دَائِمٌ) mengerjakan salatnya.
Ulama tafsir menafsirkannya dengan makna: Salat yang sempurna rukunnya, syaratnya, adab-adabnya. Tetap melakukan pada waktunya, menjaga thuma’ninah dan khusyu’. Jadi tidak termasuk ke dalam jenis ini salat itu orang-orang yang terkadang tidak ataupun melakukannya dengan cara yang tidak sempurna.
(24)Orang-orang yang tahu bahwa di dalam harta miliknya terdapat hak-hak orang lain yang berhak menerimanya iaitu orang miskin, apakah dalam bentuk zakat atau sadakah. Dan Allah menjelaskan pada ayat berikutnya bahwa orang miskin itu ada dua jenis, iaitu:
(25)Orang-orang miskin yang meminta dan orang-orang miskin yang tidak meminta.
Ini seolah-olah memberi isyarat bahwa orang yang wajib mengeluarkan zakat tidak semestinya hanya menunggu fakir miskin datang ke rumahnya untuk meminta zakatnya, tetapi dialah yang mesti mencari orang miskin untuk menyampaikan zakat dan sadakahnya. Dan ini pulalah rahsianya mengapa perintah zakat digunakan dengan istilah
(وَآتُواْ الزَّكَاةَ) artinya: Datangilah zakat.
(26)Orang-orang yang mempercayai Hari Pembalasan;
Mereka meyakini apa yang diberitakan olih Allah dan RasulNya tentang pembalasan, kebangkitan sehingga mendorong mereka membuat persiapan untuk bekal akhirat. Menurut Said Qhutb dalam tafsirnya ‘fii Zilaal Al-Quran’: Sifat inilah yang paling menonjol dan berperanan dibandingkan dengan sifat daripada sifat Halu’, sebab dengan keyakinan yang mantap akan adanya hari pembalasan membuat seseorang akan dapat tabah jika ditimpa musibah dan segera bersyukur jika mendapat nikmat.
(27)Orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.
Mereka adalah orang yang merasa gerun meninggalkan kewajiban dan gerun melakukan larangan Allah. Jadi orang yang sentiasa takut terhadap taklif (bebanan) dari Allah mereka akan waspada dan berhati-hati selalu dari mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Allah SWT. Mengapa orang beriman sentiasa takut akan azab Allah? Allah menjelaskan sebab utamanya pada ayat berikut:
(28)Karena sesungguhnya azab Tuhan mereka tidak dapat orang merasa aman (dari kedatangannya).
Setiap mukmin tidak bolih merasa aman dari azab Allah. Apakah mereka mengira bahwa amalan mereka bolih menjamin mereka terhindar dari azab Allah? Bagaimana kita bolih merasa aman dengan amalan yang kita buat, sedangkan amalan kita belum tentu diterima olih Allah? Nabi (sallallahu alayhi wasalam) pernah bersabda:
Tidaklah sekali-kali amalan seseorang yang memasukkannya ke dalam syorga. Sahabat bertanya: Apakah tuan juga demikian? Jawab Nabi: Saya juga demikian, dan yang memasukkan saya ke dalam syorga adalah berkat rahmat Allah kepadaku.
Itulah sebabnya salafussalih (orang-orang salih masa silam) sangat taat terhadap perintah Allah dan memperbanyakkan ibadah karena mereka sangat takut kepada azab Allah.Keadaan ini tergambar jelas di dalam ungkapan mereka, antara lain:
(ليْتَ اُمِى لَمْ تَلِدْنِى) artinya: Alangkah baiknya kalau ibu tidak melahirkan daku. (لَيْتَنِى شَجَرَةٌ تُعْضَدُ) artinya: Alangkah baiknya kalau aku ini menjadi pohon kayu yang dipotong.
(29)Orang-orang yang menjaga kemaluannya.
Orang-orang yang menjaga kehormatan dirinya iaitu dengan menjauhkan dirinya daripada perzinaan, homoseks, lesbianisme, onani dan lain-lain cara yang tidak diredhai. Dan Allah membolihkan pemuasan nafsu seks sebagaimana tertera dalam ayat berikut:
(30)Kecuali terhadap-isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela.
(31)Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
Secara tersirat ayat ini mengharamkan nikah mut’ah karena wanita yang dikahwini secara mut’ah bukan isteri yang sah dan bukan pula budak yang dimiliki.
(32)Dan orang-orang yang memelihara amanah dan menepati janji.
Amanah dan janji yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah mencakupi semua janji dan amanah, apakah antara hamba dengan Allah seperti semua bentuk taklif (bebanan agama) ataupun dengan sesama manusia seperti harta, rahsia dan lain-lain.
(33)Orang-orang yang memberikan kesaksiannya.
Maksudnya mereka memberi penyaksian yang sebenarnya tanpa menambah atau menguranginya apalagi memalsukannya walaupun terhadap kaum kerabat sendiri.
Ada pula yang mengartikan penyaksian di sini dengan mereka yang melaksanakan tuntutan dikandung dua kalimah syahadat.
(34)Orang-orang yang memelihara salat mereka.
Sifat pertama orang yang akan terhindar dari sifat Halu’ dalam ayat–ayat ini diawali dengan salat dan diakhiri dengan salat, ini menunjukkan bahwa salat sangat penting untuk tujuan tersebut.
Dan Allah berjanji selain menghindarkan orang yang memiliki sifat-sifat di atas daripada sifat Halu’ juga akan memasukkan mereka ke dalam syorga dan meeka dimuliakan di dalamnya.
No comments:
Post a Comment